Friday, January 10, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh maut dalam insiden rempuhan di selatan India

    NEW DELHI, 9 JAN – Sekurang-kurangnya tujuh penganut Hindu maut dalam insiden rempuhan di sebuah kuil di Tirupati, selatan India, pada petang kelmarin.

    Kejadian berlaku apabila ratusan orang berebut untuk mendapatkan token khas bagi memasuki Venkateswara Swamy di Andhra Pradesh, lapor media tempatan.

    Puluhan orang dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.

    Ribuan penganut agama itu berkumpul di bandar Tirupati menjelang satu perayaan.

    Ketua pengurusan kuil menyatakan bahawa insiden rempuhan itu adalah ‘satu kemalangan semata-mata’. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda