Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE, China terokai kerjasama industri dan tenaga

    BEIJING, 26 JULAI – Industri dan Teknologi Maju Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Sultan Ahmed Al Jaber, mengadakan pertemuan dua hala dengan pegawai kerajaan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat di sini semasa lawatannya ke China, lapor agensi berita Emiriah (WAM).

    Lawatan itu berikutan kejayaan dalam bidang industri dan tenaga daripada lawatan negara Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan ke China pada Mei lepas, yang menandakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik UAE-China.

    Semasa lawatan Al Jaber yang juga Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC), beberapa perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dalam bidang dan sektor penting yang mempunyai kepentingan bersama, dalam rangka Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

    Al Jaber berkata China adalah satu daripada rakan strategik UAE, memainkan peranan penting dalam mengukuhkan perkongsian dan inisiatif yang menyokong pembangunan ekonomi mampan. China juga merupakan satu daripada pasaran terpenting bagi ADNOC, untuk pengeluaran minyak mentah, produk ditapis dan petrokimia. – Bernama

    Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan (kiri) dan Presiden China Xi Jinping menghadiri majlis di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 30 Mei lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda