Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukraine akan terima bantuan ketenteraan dari Sweden

    DENMARK, 29 MEI – Kerajaan Sweden hari ini berkata bahawa mereka akan menyumbang bantuan ketenteraan sebanyak AS$1.23 bilion kepada Ukraine, dalam pakej bantuan terbesar yang telah didermakan Sweden setakat ini.

    “Ia terdiri daripada peralatan yang berada dalam senarai keutamaan tertinggi Ukraine,” kata Timbalan Perdana Menteri, Ebba Busch. Ia termasuk pertahanan udara, peluru artileri dan kenderaan berperisai.

    Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonsson menekankan negara itu buat masa sekarang dikecualikan daripada menghantar mana-mana jet JAS 39 Gripen buatan Sweden ke Ukraine, berkata tumpuan kepada pihak Ukraine adalah untuk melaksanakan program jet pejuang F-16.

    Beberapa negara telah menyatakan mereka mahu menyumbang F-16. Pada Selasa, Belgium menjanjikan 30 jet F-16 kepada Ukraine.

    Jonsson berkata Sweden “masih berusaha untuk menyumbang sistem Gripen pada masa akan datang.”

    Sumbangan itu juga termasuk dua kapal terbang amaran awal dan kawalan udara SAAB ASCC buatan Sweden, yang menurut Jonsson akan memberikan ‘kesan paling hebat ke atas pertahanan udara Ukraine’ kerana ia akan melengkapkan dan mengukuhkan sumbangan yang dijanjikan oleh jet pejuang F-16 Amerika.

    “Awda boleh mengenal pasti peluru berpandu krus yang datang, awda boleh mengenal pasti dron dan mengenal pasti sasaran di darat dan juga di laut,” katanya.

    “Penilaian keseluruhannya ialah sumbangan pesawat peninjau dan komando radar ASCC 890 akan memberikan impak yang paling besar kepada Tentera Udara Ukraine pada masa ini,” tambah Jonsson.

    Sumbangan dua pesawat amaran awal dan kawalan udara itu bermakna ‘penurunan sementara dalam keupayaan pertahanan Sweden,’ kata Jonsson. – AFP

    Pesawat A JAS 39 Gripen C/D berlepas semasa latihan ketenteraan Nordic Response di Lapangan Terbang Lulea-Kallax, berhampiran Lulea, Sweden pada 4 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda