Thursday, November 28, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Volkswagen, BMW atasi Tesla dalam jualan kereta elektrik baharu

    MUNICH, 8 NOV – Jualan kenderaan elektrik Tesla terus merosot di pasaran Jerman pada 2024, menurut data pendaftaran Pihak Berkuasa Pengangkutan Kenderaan
    negara itu (KBA), lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Jenama milik jutawan Elon Musk kini berada di tempat ketiga tahun ini, di belakang syarikat automotif Jerman Volkswagen (VW) dan BMW.

    Sebanyak 49,200 kenderaan VW elektrik sepenuhnya didaftarkan di Jerman setakat tahun 2024, mendahului 33,167 unit BMW, menurut KBA.

    Pendaftaran kenderaan Tesla baharu pula, berada pada angka 31,461.

    Kedua-dua VW dan Tesla kini mencatatkan penurunan berbanding tahun lepas, dalam pasaran kereta elektrik bateri yang semakin lemah.

    Jenama utama Kumpulan VW terjual kira-kira 9,400 unit lebih banyak berbanding tahun ini, manakala Tesla pula menjual 23,300 unit lebih banyak.

    Manakala, BMW yang sedang berkembang di pasaran domestiknya, mencatat peningkatan 6,600 unit berbanding tahun lepas. – Bernama

    GAmbar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda