Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wakil BDARA hadiri festival radio amatur

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Persatuan Radio Amatur Brunei Darussalam (BDARA) hari ini menghantar 23 orang wakil terdiri daripada ahli BDARA bagi menghadiri Festival Radio Amatur Borneo ke-11, 2023 di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Oktober.

    Sebelum berlepas, satu majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Menurut pengerusi majlis dalam ucapannya, festival tersebut diadakan secara bergilir-gilir setiap dua tahun sekali, di antara organisasi radio amatur di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia.

    Festival tersebut diadakan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli amatur radio di negara masing-masing, menimba pengalaman dan berkongsi pengetahuan mengenai isu terkini berkenaan radio digital.

    Dr Siti Norkhalbi menyerahkan bendera negara kepada salah seorang wakil. – Gambar serahan BDARA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda