Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wani Kayrie simpati tapi tidak mahu ikut campur

    Pertalian darah antara mereka menyebabkan kontroversi yang hangat diperkatakan sekarang umpama cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

    Namun, apalah daya Wani Kayrie untuk memberikan maklum balas terhadap isu yang menimpa penyanyi dan pelakon yang juga sepupunya, Bella Astillah.

    Bukan tidak simpati melihat saudara sendiri terpaksa berdepan isu rumah tangga yang menjadi perdebatan ramai termasuk pelbagai aib didedahkan. Namun, Wani tidak mahu dianggap cuba masuk campur dalam urusan peribadi orang lain, apatah lagi, dirinya belum berumah tangga dan mempunyai pengalaman.

    “Saya bukanlah hendak bela sesiapa kerana secara keseluruhan, saya dan keluarga tahu apa sebenarnya yang berlaku.

    “Cuma dalam soal ini, saya pilih untuk tidak mahu masuk campur. Lagipun, saya belum berkahwin, jadi saya tak nak cakap lebih-lebih.

    Wani mengaku sedang mengenali hati budi seseorang namun belum sedia mendedahkan identiti jejaka berkenaan. – mStar

    “Memang Bella minta pandangan dan saya ada menasihatkannya. Cuma, saya tidak pernah memaksa Bella untuk ikut semua pesanan dititipkan.

    “Nasihat saya sekadar pada permukaan. Tiada bagi cadangan lebih-lebih pun. Bagi saya, jika apa sahaja yang dilakukannya dan keputusan bakal diambil memberikan manfaat, teruskan sahaja.

    “Tidak perlu hirau apa orang lain hendak kata. Saya hanya beri pandangan jika diminta.

    Selebihnya, terpulang kepada Bella untuk buat keputusan,” katanya kepada BH Online.

    Wani mengulas kemelut menimpa Bella apabila suami, Aliff Aziz dilapor sekali lagi curang selepas ditangkap khalwat dengan pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

    Biarpun memilih tidak terbabit dalam konflik itu, namun, hati penyanyi Kamu Kamu tetap terusik apabila melihat kemelut semakin panas hingga tidak terkawal.

    Lebih memburukkan keadaan apabila kontroversi itu turut mengaitkan beberapa artis yang cukup dikenali dalam dunia hiburan tanah air. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda