Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Wanita dihanyutkan dalam aliran lumpur di utara Perancis

    LILLE, 2 MEI – Tanah runtuh semalaman yang tidak dijangka di utara Perancis membunuh seorang wanita berusia 57 tahun, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

    ‘Peristiwa kerpasan yang amat tinggi dan setempat mencetuskan banjir lumpur di perkampungan Courmelles’ sekitar 90 kilometer di timur laut Paris, kata wilayah tempatan dalam satu kenyataan.

    Lumpur “menimbuskan kira-kira 10 buah rumah,” beritahu Datuk Bandar Courmelles Arnaud Svrcek kepada AFP.

    Dengan air kira-kira sedalam 1.5 meter dalam rumah, “suami dapat melarikan diri dengan kesan lebam di kepala, tetapi wanita itu dihanyutkan,” tambahnya.

    Jabatan Aisne mengatakan bahawa ribut yang melanda Courmelles diletakkan pada tahap jingga kelmarin, amaran kedua tertinggi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa cuaca, Meteo France.

    Bagaimanapun, Svrcek telah mengaktifkan pelan keselamatan kawasan itu, menawarkan pusat untuk orang yang terjejas untuk berlindung, kata wilayah itu. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...