Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Persidangan media Sarawak pertama jadi pengisian HAWANA 2024

    KUCHING, 2 MEI – Penganjuran Persidangan Media Sarawak 2024 (SMEC 2024) buat julung kalinya di Bumi Kenyalang menjadi antara pengisian menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berlangsung di sini pada 25 hingga 27 Mei depan.

    Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)), Datuk Abdullah Saidol berkata persidangan yang merupakan inisiatif kerajaan negeri itu menjadi platform untuk mengupas transformasi industri media ke arah agenda digital.

    Berbaki kurang daripada tiga minggu, Abdullah berkata penganjuran HAWANA 2024 akan turut mempamerkan beberapa buku hasil karya Wan Junaidi yang sarat dengan ilmu khususnya berkaitan pembangunan negeri.

    Menurutnya konsep pameran HAWANA kali ini bakal mengetengahkan perjalanan serta perjuangan wartawan tempatan terdahulu yang signifikan kepada kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

    Bertemakan ‘Etika Teras Kewartawanan Mapan’, lebih 1,000 pengamal media, wakil-wakil persatuan wartawan tempatan dan wakil media dari negara anggota ASEAN turut dijemput menghadiri HAWANA 2024 yang merupakan platform penting untuk fraterniti media profesional dan pakar industri, bertukar-tukar idea serta menjalinkan hubungan strategik.

    Perhimpunan terbesar wartawan Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah agensi pelaksana acara tahunan itu. – Bernama

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berucap dalam Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 pada 30 April. Lebih 1,000 peserta dijemput hadir di Kuching, Sarawak nanti.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...