Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga British disabit bersalah bunuh isteri

    PAPHOS, 21 JULAI – Mahkamah Cyprus telah mensabitkan kesalahan seorang pelombong British yang sudah bersara hari ini, dan bukannya pertuduhan yang lebih serius iaitu pembunuhan terancang, selepas dia membunuh isterinya untuk menamatkan penderitaannya daripada kanser darah.

    David Huntur, yang kini berusia 76 tahun, dibicarakan atas kesalahan pembunuhan terancang terhadap isterinya, Janice, pada 18 Disember 2021.

    Mahkamah jenayah Paphos mengumumkan keputusan itu tetapi pendakwa raya gagal untuk membuktikan sebarang motif bagi pembunuhan terancang, yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.

    Sebaliknya, mahkamah menjatuhkan hukuman disebabkan bunuh, yang boleh membawa kepada hukuman penjara 10 tahun.- AFP   

    Gambar Freepik

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda