Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Colombia putuskan hubungan diplomatik dengan Israel

    BOGOTA, 2 MEI – Presiden Colombia, Gustavo Petro kelmarin mengumumkan bahawa negaranya akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, yang pemimpinnya digambar beliau sebagai bersifat genosid dalam perangnya di Gaza.

    “Esok (Khamis) hubungan diplomatik dengan negara Israel akan diputuskan kerana mempunyai presiden yang genosid,” kata Petro pada perhimpunan May Day di Bogota, merujuk kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

    Petro telah menjadi pengkritik keras terhadap serangan ke atas Gaza yang menyusuli serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel selatan pada 7 Oktober.

    Serangan itu mengakibatkan kematian kira-kira 1,170 orang, kebanyakannya orang awam, menurut angka Israel.

    Pejuang Hamas turut mengambil kira-kira 250 tebusan, 129 daripadanya masih berada di Gaza, termasuk 34 Israel yang dikatakan telah mati.

    Gustavo Petro menyampaikan ucapan semasa perhimpunan May Day (Hari Pekerja) di Bogota pada 1 Mei. – AFP

    Serangan balas Israel telah membunuh kira-kira 34,568 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah kendalian Hamas.

    Petro memberitahu ribuan penyokong kelmarin bahawa dunia tidak boleh menerima ‘pembunuhan beramai-ramai, pemusnahan seluruh rakyat’.

    “Jika Palestin mati, kemanusiaan mati,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada orang ramai, yang sebahagiannya mengibarkan sepanduk pro-Palestin.

    Israel bertindak balas dengan menyifatkan Petro sebagai ‘anti-Yahudi dan pembenci,’ mendakwa pendirian pemimpin itu sama dengan memberikan ganjaran kepada Palestin.

    “Presiden Colombia telah berjanji untuk memberikan ganjaran kepada pembunuh dan perogol Hamas dan hari ini dia telah melaksanakannya,” kata Menteri Luar Israel, Katz di laman X.

    “Sejarah akan mengingati bahawa Gustavo Petro memutuskan untuk menyokong raksasa paling hina yang pernah diketahui manusia, yang membakar anak damit, membunuh kanak-kanak, merogol wanita dan menculik orang awam yang tidak bersalah,” tambah Katz. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...