Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    108 sertai kempen derma darah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 25 NOV – Lebih 108 orang telah menyahut seruan untuk menambah bekalan darah semasa kempen derma darah yang dianjurkan oleh Kemudahan Perubahan Rawatan Asas (PCMF) British Forces Brunei (BFB) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Kempen yang diadakan di Chit Chat Community Centre, Seria itu merupakan acara tahunan sebagai platform bagi ahli-ahli BFB dan PCMF memberi balik kepada masyarakat.

    Pengurus Latihan Garrison, Staf Sarjan Raj Ranwala berkata, acara tersebut juga membolehkan mereka menyelamatkan nyawa.

    “Apabila kami dimaklumkan bahawa tabung darah bergelut dengan pembekalan darah untuk mereka yang memerlukan, kami berharap sumbangan ini akan membantu membuat perubahan kerana darah yang didermakan pada hari ini dapat membantu menyelamatkan nyawa esok,” ujarnya.

    Turut hadir ialah Pegawai Perubatan Kanan, Leftenan Kolonel Christopher Trow. Semasa kempen itu, ahli-ahli PCMF dan BMF serta penduduk sekitar berduyun-duyun ke pusat berkenaan bagi menyokong kempen tersebut, dengan cenderahati diberikan kepada mereka yang menderma darah.

    Di samping itu, gerai Bake Sale juga diadakan dengan dana akan digunakan bagi membantu mereka yang memerlukan sebagai sebahagian daripada Dana PCMF.

    Pegawai dari PCMF BFB bergambar ramai bersama penderma darah semasa kempen berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...