Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    16 maut, trak jatuh gaung

    JAKARTA, 13 APRIL – Kira-kira 16 orang terkorban manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah trak yang menuruni gunung terpencil di wilayah Papua Barat Indonesia terjatuh ke dalam gaung, hari ini, kata polis.

    Trak tersebut membawa 28 penumpang dan pemandu, sedang menuju ke sebatang jalan di pergunungan Arfak ke ibu kota wilayah Manokwari kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan apabila pemandu hilang kawalan dan terbabas, kata polis.

    “Kami mengesyaki brek trak itu gagal berfungsi menyebabkan tayar tiada cengkaman dan pemandu hilang kawalan,” kata Timbalan Ketua Unit Trafik, Andre Manuputty, kepada stesen televisyen tempatan Metro TV.

    Apabila pasukan mencari dan menyelamat tiba di tempat kejadian dua jam selepas menerima laporan mengenai nahas itu, mereka melihat beberapa mayat bergelimpangan di jalan, tercampak keluar dari trak akibat rempuhan itu, kata pegawai penyelamat tempatan Monce Bruriy kepada Metro TV.

    “Seorang kanak-kanak adalah antara yang terbunuh, manakala 13 yang lain cedera dan menerima rawatan di hospital tempatan,” kata Manuputty.

    Beberapa daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal, katanya sambil menambah bahawa jalan itu amat berbahaya kerana kecuramannya dan ketiadaan pencahayaan yang baik di kawasan berkenaan. – AFP

    Para penyelamat meletakkan mangsa korban dalam beg mayat selepas nahas trak di Manokwari pada 13 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...