Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jepun, AS adakan latihan tentera laut

    TOKYO, 13 APRIL – Kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, diketuai oleh kumpulan kapal penyerang USS Abraham Lincoln, telah melancarkan latihan laut bersama di perairan antara Jepun dan Semenanjung Korea buat pertama kalinya dalam masa lima tahun, dalam satu pertunjukan perikatan tentera rapat mereka di tengah-tengah spekulasi memuncak tentang peluru berpandu atau ujian nuklear Korea Utara minggu ini.

    Armada ke-7 AS dan Pasukan Pertahanan Maritim Jepun berkata hari ini mereka menjalankan latihan tentera laut bersama di Laut Jepun pada hari ini dan kelmarin.

    Ia adalah kali pertama kapal pengangkut pesawat AS mengadakan latihan di kawasan itu sejak 2017 dan dilihat sebagai satu percubaan jelas untuk menghalang provokasi Korea Utara.

    Pakar-pakar pertahanan telah memberi amaran Korea Utara mungkin melancarkan peluru berpandu atau melancarkan ujian nuklear awal minggu ini semasa Pyongyang menandakan ulang tahun kelahiran pemimpin pengasas Kim Il Sung.

    Ketegangan itu meningkat di rantau itu menjelang latihan tentera bersama tahunan antara AS dan Korea Selatan.

    Jepun juga meningkatkan latihan tentera bersama dengan rakan rapatnya, AS, serta rakan serantau beberapa tahun kebelakangan di tengah kebimbangan memuncak berhubung tindakan pendesak tentera di laut serantau. – AP

    Kapal USS Abraham Lincoln (kiri) dan JS Kongo (depan) semasa menyertai latihan di Laut Jepun pada 12 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...