Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    21 kontinjen berlepas sertai Sukan Para

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 21 orang berlepas bagi menyertai kejohanan Sukan Para ASEAN ke-12 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja pada 3 hingga 9 Jun.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini, bagi mengucapkan selamat belayar serta memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada ahli kontinjen ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hokseng, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud serta pegawai-pegawai kanan KKBS.

    Kontinjen Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Chef de Mission, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor di mana kontinjen terdiri daripada ketua urus setia, dua fisioterapi, empat jurulatih, penolong jurulatih, lapan atlet sukan olahraga, dua atlet sukan badminton dan dua atlet sukan renang.

    Sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan Para ASEAN ke-12, Kemboja 2023, atlet-atlet telah menjalani latihan secara berterusan bagi memastikan pencapaian dan prestasi mereka berada dalam tahap yang cemerlang.

    Dengan adanya persediaan yang rapi itu, diharapkan para atlet akan dapat memberikan cabaran kepada atlet daripada kontinjen lain di kejohanan Sukan Para ASEAN ke-12 itu.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bersama yang hadir menadah tangan berdoa sebelum kontinjen Negara Brunei Darussalam berlepas menyertai Kejohanan Sukan Para ASEAN ke-12 di Kemboja.
    YB Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar-ramai dengan kontinjen Negara Brunei Darussalam yang menyertai Kejohanan Sukan Para ASEAN Ke-12, Kemboja 2023.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...