Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 maut dalam kemalangan bas di Myanmar

    YANGON, 5 SEPT – Seramai 30 orang terbunuh dan 89 yang lain cedera dalam kemalangan bas di Yangon, Myanmar, sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, lapor akhbar harian milik kerajaan, The Global New Light of Myanmar, hari ini.

    Laporan itu, memetik Jawatankuasa Pengangkutan Awam Wilayah Yangon (YRTC), menyatakan bahawa jumlah kematian termasuk empat orang masing-masing pada Januari, Februari, Mac dan Mei, dua orang pada April, tiga orang pada Jun, tujuh orang pada Julai dan dua orang pada Ogos.

    Jenis kemalangan yang melibatkan bas Perkhidmatan Bas Yangon (YBS) termasuk terjatuh dari bas dan perlanggaran dengan motosikal, kereta persendirian, teksi dan lori, menurut laporan itu.

    YBS ialah rangkaian pengangkutan bas yang beroperasi di Yangon, bandar komersial Myanmar. Dengan kira-kira 3,800 bas berulang-alik di 131 laluan, rangkaian itu membawa kira-kira 1.4 juta penumpang setiap hari, kata laporan itu.

    Bagi mendidik pemandu bas yang tidak berdisiplin, YRTC telah menganjurkan seminar kesedaran keselamatan jalan raya bulanan untuk mereka sepanjang lapan bulan tersebut, dan lebih 1,200 pemandu telah menghadiri seminar berkenaan, tambah laporan itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda