Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    49 pelajar SMSSA cemerlang dirai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Seramai 49 pelajar dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali (SMSSA) dirai atas pencapaian akademik mereka pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Peperiksaan BC GCE O dan IGCSE serta Tamat Program Pra-Vokasional.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Ketua Unit Akademik, Jabatan Sekolah-sekolah, Dr Andree Asmara bin Haji Abidin.

    Majlis bermula dengan ucapan daripada Pengetua Sekolah, Hajah Noor Zinatul Ashiqin binti Haji Ibrahim. Selepas ucapan daripada tetamu kehormat, beliau seterusnya menyempurnakan penyampaian anugerah dan sijil kepada pelajar yang telah mencapai gred tinggi dan keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level dan IGCSE.

    Manakala empat pelajar dari Program Pra Vokasional juga menerima anugerah dan sijil kerana berjaya menamatkan program.

    Selain itu, tetamu kehormat juga menyampaikan anugerah khas kepada guru-guru yang mencapai sasaran dan menunjukkan prestasi subjek yang cemerlang.

    Majlis diakhiri dengan ucapan daripada pelajar terbaik keseluruhan, iaitu Awang Muhammad Rif’at bin Awang Idris dan sesi bergambar ramai.

    Dr Andree Asmara bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda