Friday, May 17, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    6 pengedar dadah ditahan di Kemboja

    PHNOM PENH, 29 APRIL – Polis antidadah Kemboja telah menahan enam penduduk tempatan kerana didakwa mengedar dan memiliki dadah terlarang, merampas lebih daripada 188kg narkotik, kata Jabatan Anti Dadah (ADP) dalam satu siaran berita hari ini.

    Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita di antara usia 23 dan 60 tahun, ditahan pada 24 April ketika serbuan di lima lokasi di ibu negara Phnom Penh selepas siasatan menyeluruh selama lebih tiga bulan.

    “Sejumlah 188.1kg hablur methamphetamine, ketamin dan heroin telah dirampas daripada
    suspek semasa tindakan keras itu,” kata ADP.

    Lebih daripada AS$300,000 dalam wang tunai dan berjuta-juta dolar dalam akaun bank mereka, serta harta benda dan kereta mereka turut dirampas dalam serbuan itu, tambah ADP.

    Negara Asia Tenggara itu tidak mempunyai hukuman mati bagi pengedar dadah.

    Di bawah undang-undangnya, seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 80 gram dadah terlarang boleh dipenjara seumur hidup. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia

    BEIJING, 17 MEI - Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing...