Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 warga emas bertanding hafaz Al-Quran

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 5 SEPT – Seramai 80 warga emas terdiri daripada 40 lelaki dan 40 perempuan dari seluruh negara telah menyertai Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Masjid RPN Kampung Pandan, kelmarin.

    Pertandingan anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Imarah dan AJK Takmir Masjid RPN Kampung Pandan itu diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78 tahun.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan turut menyampaikan hadiah dan piala kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Bagi kategori lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Haji Brahim bin Haji Mohamad dengan markah akhir sebanyak 91.6, diikuti oleh Haji Imran bin Haji Ibrahim dan Haji Gapor bin Ahad masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Sementara itu, Hajah Amidah binti Ghafar menduduki tempat pertama dalam kategori wanita dengan markah akhir sebanyak 92.3 manakala Hajah Khairul Aini binti DP Haji Abdul Wahab dan Hajah Ramlah binti Haji Abd Rahman masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    ATAS & BAWAH : Haji Amir Hisham menyampaikan hadiah dan piala kepada Haji Brahim dan Hajah Amidah pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JHEM
    GAMBAR SERAHAN JHEM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda