Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Albania semak perjanjian suaka dengan Itali

    TIRANA, 18 JAN – Mahkamah Perlembagaan Albania hari ini dijangka menyemak perjanjian kontroversi yang dipersetujui dengan Itali untuk membuka dua pusat tahanan di tanah Albania untuk pendatang yang diselamatkan di perairan Itali.

    Perjanjian itu, yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Itali dan Albania tahun lalu, telah dikutuk oleh parti pembangkang di kedua-dua negara, serta kumpulan hak asasi manusia, menyebabkan cabaran undang-undang diambil oleh mahkamah tertinggi di Tirana.

    “Perjanjian ini, yang sepatutnya diluluskan terlebih dahulu oleh presiden Republik, juga bertentangan dengan piawaian antarabangsa mengenai hak pendatang,” kata gabungan parti pembangkang di Albania dalam satu kenyataan.

    Pembangkang sayap kanan Albania juga mengecam Perdana Menteri Edi Rama berhubung dakwaan kekurangan ketelusan dan perundingan mengenai perjanjian itu, menggelar perjanjian itu sebagai “tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya untuk keselamatan negara”.

    Pada Disember, Mahkamah Perlembagaan menggantung prosedur untuk meratifikasi perjanjian di parlimen Albania, di mana parti Rama memegang majoriti yang kukuh.

    Prosedur mahkamah ditetapkan bermula pada pukul 10 pagi waktu tempatan. Ia diadakan secara tertutup dan tidak dibuka kepada orang ramai.

    Para hakim diberi masa sehingga 6 Mac untuk membuat keputusan, tetapi keputusan mereka boleh dikeluarkan sebelum tarikh akhir ‘memandangkan kepentingan kes ini bagi Albania dan Itali’, beritahu sumber yang mengetahui perkara itu kepada AFP. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda