Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Albon memerlukan rawatan Ventilator

    LONDON, 13 SEPT – Pemandu Formula Satu dari pasukan Williams, Alex Albon mengalami ‘kegagalan pernafasan’ dan diberikan bantuan ventilator berikutan komplikasi pembedahan apendiksnya.

    Albon, 26, diketepikan daripada perlumbaan Grand Prix Itali di Monza akibat radang usus pada pagi Sabtu, sebelum dipindahkan ke Hospital San Gerardo berdekatan untuk rawatan.

    Satu kenyataan daripada pasukan British berkata: “Selepas pembedahan, Alex mengalami komplikasi anestetik selepas pembedahan yang tidak dijangka yang membawa kepada kegagalan pernafasan, komplikasi yang diketahui tetapi tidak lazim berlaku. Dia dimasukkan semula dan dipindahkan ke wad rawatan rapi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    “Dia mencatat perkembangan yang sangat baik semalaman dan tidak memerlukan penggunaan pengudaraan mekanikal pagi semalam. Dia kini telah dipindahkan ke wad biasa dan dijangka pulang ke rumah esok.”

    Albon, warga London, yang berlumba di bawah bendera Thailand kerana kewarganegaraan ibunya Kankamol, mengambil bahagian dalam latihan di Monza pada hari Jumaat.

    Tetapi dia tidak sihat pada pagi Sabtu dan digantikan oleh pemandu simpanan pasukan Nyck de Vries, yang menduduki tempat kesembilan untuk mengumpulmata pada penampilan sulungnya di F1. Albon menghabiskan tahun lepas di luar pasukan selepas dia digugurkan oleh Red Bull.

    Tetapi dia sentiasa mencatat prestasi hebat sejak perpindahannya ke Williams, memperoleh mata pertamanya untuk pasukan Britain di Grand Prix Australia pada April, dengan dua lagi tempat 10 teratas di Miami dan Belgium. – AFP

    Alexander Albon berjalan di litar semasa sesi kelayakan menjelang perlumbaan kereta Formula Satu Grand Prix Belanda Ahad ini, di litar lumba Zandvoort, di Zandvoort, Belanda, pada 3 September lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...