Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alcaraz menang perlawanan pembukaan

    RIO DE JANEIRO, 23 FEB – Pemain nombor dua dunia, Carlos Alcaraz menewaskan pemain ranking ke-556, Mateus Alves dari Brazil dalam perlawanan pembukaan yang ditangguhkan kelmarin untuk mara ke pusingan kedua Terbuka ATP Rio.

    Juara bertahan Rio, Alcaraz, yang kembali minggu lalu selepas empat bulan berehat kerana kecederaan, memulakan usaha mempertahankan kejuaraannya di kejohanan gelanggang tanah liat pada Selasa.

    Bagaimanapun, perlawanan mereka terganggu disebabkan hujan lebat dengan pemain Sepanyol berusia 19 tahun itu mendahului 6-4, 5-3.

    Alves, 22, pemain pilihan tuan rumah, yang telah memberikan saingan sengit menentang Alcaraz, kelihatan berazam untuk bangkit apabila permainan disambung semula di gelanggang stadium, memenangi perlawanan pertama.

    Tetapi juara Terbuka AS, Alcaraz menyekat servis pada minit kedua untuk memenangi perlawanan itu, 6-4, 6-4.

    Aksi Carlos Alcaraz semasa perlawanan akhir ATP Terbuka Argentina di Buenos Aires, Argentina, 19 Februari 2023. – AP

    Alcaraz, yang membuat penampilan sulungnya pada 2023 minggu lalu dengan memenangi kejuaraan ATP ketujuh dalam kerjayanya di Terbuka Argentina, seterusnya akan menentang pemain ranking ke-86, Fabio Fognini dari Itali dalam pusingan 16.

    “Ia merupakan perlawanan yang sukar, seperti yang ditunjukkan oleh keputusan akhir,” kata Alcaraz, yang tewas dalam dua perlawanan pertama.

    “Alves merupakan pemain yang hebat, setelah dia beraksi dengan baik walaupun dalam keadaan terpaksa berhenti dan kembali keesokan harinya. Bukan mudah untuk bermain seperti itu. Tetapi saya gembira dengan kemenagan itu.”

    Sementara itu, Fognini, 35, menewaskan Tomas Barrios dari Chile dalam satu lagi perlawanan yang ditangguhkan hujan, 6-2, 6-3, kelmarin.

    “Fabio merupakan pemain yang hebat. Dia bermain pada tahap yang sangat tinggi sepanjang kariernya,” kata Alcaraz.

    “Dia sangat berbahaya, dengan bakat besar. Saya perlu kekal fokus,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda