Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Amaran bagi protes antivaksin di Ottawa

    OTTAWA, 3 FEB – Kebanyakan penunjuk perasaan yang baru-baru ini memenuhi jalanan di ibu negara Kanada dan menyebabkan penduduk tempatan membunyikan hon yang kuat, telah pergi, tetapi sekumpulan kecil “bertekad” dan “mudah mengganas”, menurut amaran yang diberi polis kelmarin.

    Jumlah mereka dijangka meningkat lagi, mungkin mencecah ribuan pada hujung minggu ini serta telah bergerak ke bahagian lain di negara ini.

    Ketua polis Ottawa mencadangkan agar tentera Kanada dikerahkan untuk membantu menangani mereka.

    “Kebanyakan penunjuk perasaan telah pergi. Apa yang tinggal ialah kumpulan individu yang menyalahi undang-undang dan mudah berang,” kata Timbalan Ketua Polis Ottawa, Trish Ferguson memberitahu semasa taklimat.

    Ketua Polis, Peter Sloly berkata untuk menangani dengan mereka, kami sedang melihat setiap pilihan yang ada, termasuk bantuan ketenteraan kepada kuasa awam.

    Sloly menyatakan bahawa Kanada hanya mengerahkan pihak tentera dua kali dalam sejarahnya untuk meredakan pergolakan domestik iaitu dalam perbalahan dengan penunjuk perasaan Orang Asli pada tahun 1990, dan selepas seorang ahli politik Quebec dan seorang ahli diplomat Britain diculik oleh kumpulan militan Quebec pada tahun 1970. Timbalan Perdana Menteri Quebec, Pierre Laporte mati dicekik oleh penculiknya.- AFP

    Ribuan penunjuk perasaan menentang mandat vaksinasi dan sekatan COVID-19 yang lain telah membanjiri jalan ibu kota Kanada, menghalang laluan trafik di kawasan Parliament Hill. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...