Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban tanah runtuh di Phuket meningkat kepada 10

    BANGKOK, 25 OGOS – Jumlah kematian akibat tanah runtuh susulan hujan lebat di pulau peranginan popular di Thailand, Phuket telah meningkat kepada 10, kata pegawai-pegawai kelmarin.

    Tiga orang masih hilang dan 19 cedera berikutan tanah runtuh yang melanda kawasan perumahan pada Jumaat, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

    Polis berkata pada Jumaat bahawa pasangan Rusia, warga Myanmar dan warga Thailand adalah antara yang maut, sambil menambah bahawa pegawai sedang berusaha untuk mengenal pasti mangsa-mangsa yang lain.

    Lebih 400 orang daripada 200 isi rumah di tiga daerah telah terjejas, menurut kenyataan kerajaan itu.

    Rakaman bencana yang dikongsi di media sosial menunjukkan rumah musnah, timbunan runtuhan dan anggota sukarelawan cuba mengalirkan air berlumpur.

    Thailand telah mengalami hujan monsun lebat minggu ini, sebahagian besarnya menjejaskan pantai selatan dan kawasan-kawasan di utara negara itu.

    Para penyelamat, anggota tentera dan sukarelawan telah dikerahkan untuk menghantar bekalan kepada mereka yang memerlukan dan membantu usaha pembersihan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda