Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    AS catat kemerosotan inflasi borong

    WASHINGTON, 11 OGOS – Harga barangan borong merosot dari Jun hingga Julai, kemerosotan pertama bulan-ke-bulan dalam lebih dua tahun dan satu petanda bahawa beberapa tekanan inflasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) telah berkurangan pada bulan lalu.

    Laporan yang keluar daripada Jabatan Pekerja hari ini menunjukkan indeks harga pengeluar – yang mengukur inflasi sebelum ia sampai kepada pengguna – merosot 0.5 peratus pada Julai. Ia adalah penurunan bulanan pertama sejak April 2020 dan merosot daripada kenaikan satu peratus dari Mei hingga Jun.

    Penurunan inflasi borong mencadangkan pengguna mungkin menerima sedikit kelegaan daripada inflasi tinggi pada bulan-bulan akan datang. Laporan borong menyusuli data kerajaan semalam yang menunjukkan inflasi pengguna tidak berubah dari Jun hingga Julai – angka tidak berubah yang pertama selepas peningkatan 25 bulan berturut-turut.

    Namun ahli ekonomi mengingatkan masih terlalu awal untuk mengatakan inflasi sudah kekal pada angka lebih rendah.

    Harga makanan borong meningkat satu peratus dari Jun hingga Julai, petunjuk bahawa harga borong akan terus naik pada bulan-bulan akan datang. Kos borong telur, daging dan sayur semuanya telah meningkat.

    Inflasi pada peringkat borong masih meningkat 9.8 peratus pada Julai berbanding setahun sebelumnya, mencadangkan inflasi masih mencecah tahap membimbangkan untuk bulan-bulan akan datang. Ia berkurangan daripada kenaikan 11.3 peratus pada Jun – mencecah tahap tinggi empat dekad – dan peningkatan tahunan paling kecil dalam lapan bulan.

    Laporan hari ini menunjukkan harga gas borong merosot 16.7 peratus dari Jun hingga Julai, petunjuk bahawa harga runcit gas akan terus merosot bulan ini dan kemungkinan hingga September. Pengguna telah pun melihat penyusutan ketara: Harga gas merosot di bawah AS$4 satu gelen secara purata hari ini buat pertama kali dalam lima bulan. – AP

    Wang bertukar tangan di sebuah gerai makanan di Grand Central Market di Los Angeles pada 13 Julai 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...