Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    AS dakwa Rusia guna senjata kimia

    WASHINGTON, 2 MEI – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam mendakwa Rusia menggunakan senjata kimia terhadap tentera Ukraine sekali gus melanggar Konvensyen Senjata Kimia (CWC).

    Pada masa sama, jabatan itu turut mengumumkan sekatan baharu terhadap Moscow.

    Sebagai tambahan kepada agen kimia kloropikrin, Russia turut menggunakan agen kawalan rusuhan (gas pemedih mata) sebagai kaedah peperangan di Ukraine, juga melanggar CWC, menurut jabatan itu.

    “Penggunaan bahan kimia sebegitu bukanlah insiden terpencil dan ia mungkin didorong oleh keinginan tentera Rusia untuk mengusir tentera Ukraine dari kedudukannya dan mencapai kelebihan taktikal di medan perang,” kata Jabatan Negara AS.

    Sementara itu, Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan sekatan secara menyeluruh yang bertujuan melumpuhkan keupayaan ketenteraan dan industri Rusia, termasuk menyasarkan hampir 300 entiti Rusia, China serta negara lain yang dituduh menyokong pencerobohan oleh Presiden Vladimir Putin.

    Sekatan itu bertujuan menghukum syarikat yang membantu Moscow memperoleh senjata untuk perang di Ukraine.

    Mereka juga menyasarkan entiti dan syarikat kerajaan Rusia yang terbabit dalam program senjata kimia dan biologi negara itu.

    Rusia berkata ia tidak lagi memiliki senjata kimia tentera, tetapi negara itu berdepan tekanan untuk lebih telus berhubung dakwaan penggunaan senjata toksik. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...