Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lagu-lagu J-Pop ‘tonik’ Shida sebelum masuk gelanggang

    CHENGDU, 2 MEI – Setiap pemain mempunyai cara tersendiri sebelum tampil ke gelanggang perlawanan begitu juga pemain beregu wanita Jepun, Chiharu Shida yang memilih muzik sebagai ‘tonik’ sebelum melangkah ke dalam gelanggang.

    Pemain berusia 27 tahun yang meminati aliran muzik popular dari Jepun atau J-pop kebanyakan berentak hip-hop, elektro, pop, rock dan R&B yang disifatkannya mampu memberikan inspirasi sebelum turun ke gelanggang bersama gandingannya, Nami Matsuyama.

    “Saya menikmati lagu-lagu aliran muzik popular Jepun. Walaupun tiada yang khusus tapi setiap lagu yang didengari banyak memberi inspirasi kepada saya,” katanya kepada Bernama.

    Terdahulu, Shida-Matsuyama menyumbang mata kedua pasukannya selepas mengetepikan Priya Konjengbam-Shruti Mishra 21-8, 21-9 pada aksi suku akhir menentang India hari ini.

    Juara enam kali Piala Uber 2024 itu menang 3-0 dan dijadual berdepan China di separuh akhir, selepas negara tembok besar itu menundukkan Denmark juga 3-0.

    Mengenai pertembungan separuh akhir esok, Shida berharap rakan sepasukan bersiap sedia dari segi mental untuk berdepan tuan rumah yang juga juara 15 kali, esok.

    “Sudah tentu kami ingin memenangi Piala Uber tapi kita perlu lakukan sesuatu yang hebat pada aksi separuh akhir menentang China esok.

    “Kita tahu pemain China agresif dan dengan penyokong tuan rumah, kami perlu persiapkan mental,” katanya. – Bernama

    Matsuyama dan Shida (kanan) menang pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...