Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Atlet termuda Malaysia di Sukan SEA Kemboja

    KUALA LUMPUR, 23 MAC – Baru mencecah usia 11 tahun, namun Zara Aleesya Mohamad Suadi terpaksa bersaing bersama atlet dewasa apabila turun beraksi dalam acara finswimming pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini.

    Dengan gaya renang menggunakan fin atau sirip bagaikan ‘duyung cilik’, Zara dihantar ke kelas renang seawal usia enam tahun kerana ibu bapanya, Mohamad Suadi Samsuddin dan Haslinda Haron mahu anak tunggal mereka itu mempunyai aktiviti lebih bermanfaat selain mengelak daripada terjebak dengan gajet.

    Namun, siapa sangka pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2 Melaka itu, bakal menjadi atlet termuda Malaysia untuk Sukan SEA kali ini setelah menceburi finswimming sejak awal tahun ini.

    ‘Duyung cilik’ itu mengakui dia mencintai sukan renang kerana gemar dan seronok bermain air.

    “Zara teruja untuk pergi ke Sukan SEA, tapi sedikit gementar kerana masih muda. Memang gementar lawan orang dewasa, tapi dah sampai ke tahap ini takkan nak patah balik, jadi Zara akan buat yang terbaik.

    “Ia jadi lebih mencabar apabila dapat tahu Zara akan lawan orang dewasa, harap Zara mampu capai sasaran yang ditetapkan. Pada mulanya agak sukar dengan jadual pembelajaran dan latihan renang yang ketat, tetapi kini sudah jadi biasa dan tidak sukar untuk menguruskan masa,” katanya ketika ditemui Bernama. – Bernama

    Zara Aleesya Mohamad Suadi bakal beraksi di Sukan SEA 2023 di Kemboja. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...