Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Guru, pelajar cemerlang dirai

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Bagi memperingati hari berprestij graduan Tahun 11 yang telah berjaya menamatkan Peperiksaan BC GCE O Level bagi tahun lalu, Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (SMPJNPHAB), Kuala Belait telah mengadakan majlis hari graduasi bertempat di auditorium, sekolah tersebut, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis yang turut dihadiri oleh warga sekolah, ibu bapa dan penjaga para pelajar ialah mantan Ketua Kluster 6, Hajah Asmah binti Tengah yang juga merupakan mantan pengetua sekolah tersebut.

    Semasa berlangsungnya majlis berkenaan, tetamu kehormat telah menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil kepada 82 orang pelajar BC GCE O Level tahun 2022 yang telah mencapai lima kredit dan ke atas.

    Pada masa yang sama, hadiah dan sijil pencapaian terbaik turut diberikan kepada enam orang pelajar Tahun 8 sesi tahun 2022 menerusi kejayaan mereka dalam Penilaian Kemajuan Sekolah (SPA).

    Guru-guru Tahun 8 dan Tahun 11 sesi tahun 2022 juga tidak ketinggalan diraikan de-ngan penganugerahan mereka ke atas pencapaian melebihi sasaran sekolah dan melebihi purata kebangsaan bagi kedua-dua peperiksaan iaitu SPA dan BC GCE O Level.

    Dalam ucapan alu-aluan, Pemangku Pengetua, Claxairi Lasit, mengucapkan tahniah kepada pelajar Tahun 11 yang tamat pengajian bagi sesi 2022 di mana pencapaian mereka telah menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya.

    “Antara faktor penyumbang kejayaan pelajar ialah penyertaan mereka dalam pelbagai kelas pemulihan dan acara yang dianjurkan oleh sekolah,” ujarnya.

    Hajah Asmah semasa menyampaikan hadiah dan sijil kepada salah seorang pelajar.
    Sesi gambar ramai semasa majlis tersebut.
    Antara pelajar yang diraikan, baru-baru ini. – Gambar serahan SMPJNPHAB, Kuala Belait

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...