Friday, May 17, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Bangladesh tutup sekolah lagi akibat gelombang panas

    DHAKA, 29 APRIL – Mahkamah Bangladesh memerintahkan penutupan sekolah di seluruh negara hari ini akibat gelombang panas yang berterusan, sehari selepas kerajaan mengarahkan berjuta-juta kanak-kanak kembali ke kelas walaupun suhu masih tinggi.

    Penyelidikan saintifik yang meluas mendapati perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama, lebih kerap dan lebih terik.

    Purata suhu di ibu negara Dhaka sepanjang minggu lalu adalah 4 hingga 5 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata 30 tahun untuk tempoh yang sama.

    Kerajaan berkata sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat panas melampau sejak awal April, dengan suhu maksimum di ibu negara diramalkan kekal melebihi 40 darjah sehingga Khamis.

    Dua hakim hakim Mahkamah Tinggi meluluskan perintah “menutup semua sekolah rendah dan menengah serta madrasah disebabkan gelombang panas,” kata timbalan peguam negara, Sheikh Saifuzzaman kepada AFP.

    Saifuzzaman berkata mahkamah meluluskan perintah itu selepas diberitahu oleh peguam bahawa beberapa guru telah meninggal dunia kerana gelombang panas, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Bangladesh mengikuti minggu kerja Islam Ahad hingga Khamis. Perintah penutupan sekolah itu akan melibatkan kira-kira 32 juta pelajar sehingga Ahad akan datang.

    Kerajaan telah pun mengenakan penutupan sekolah kebangsaan selama seminggu bermula 21 April lalu, tetapi membatalkan perintah itu pada hujung minggu lepas dan kelas telah disambung semula di Dhaka kelmarin.

    Biro cuaca Bangladesh berkata bahawa suhu tidak akan turun sehingga Khamis paling awal. – AFP

    Berjuta-juta pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh pada 28 April lalu. Mahkamah Bangladesh mengarahkan sekolah ditutup sekali lagi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia

    BEIJING, 17 MEI - Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing...