Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Perbicaraan wanita bunuh anak sendiri ditangguh

    WELLINGTON, 29 APRIL – Seorang hakim New Zealand hari ini menangguhkan perbicaraan seorang wanita Korea Selatan yang dituduh membunuh dua anaknya dan menyembunyikan mayat mereka dalam beg pakaian, dengan tarikh baharu masih belum diputuskan.

    Hakyung Lee telah diekstradisi dari Seoul pada 2022 selepas mayat anaknya, kedua-duanya berumur bawah 10 tahun, ditemui dalam beg pakaian yang telah ditinggalkan di unit storan di selatan Auckland.

    Mayat ditemui selepas sebuah keluarga yang tidak menaruh syak wasangka membeli kandungan sebuah unit dalam lelongan barangan ditinggalkan secara dalam talian dari kemudahan storan itu.

    Di Mahkamah Tinggi Auckland, hakim menangguhkan perbicaraan kes itu dengan tarikh permulaan baharu yang akan diputuskan pada 15 Mei, beritahu seorang pegawai mahkamah kepada AFP tanpa memberikan sebab penangguhan itu.

    Lee, yang dilaporkan juga mempunyai kewarganegaraan New Zealand, telah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pembunuhan.

    Polis New Zealand berkata mayat anak-anaknya mungkin telah disimpan lama sebelum ditemui dan ini merumitkan siasatan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua maut ditikam di sekolah rendah China

    BEIJING, 20 MEI - Seorang wanita yang menghunus pisau buah telah membunuh dua orang dan mencederakan empat lagi hari ini di sebuah sekolah rendah...