Tuesday, October 29, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway

    KUCHING, 28 OKT – Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer (km) dari bandar raya ini berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata kerajaan negeri sedang giat menyelesaikan masalah kesesakan trafik, air dan elektrik di kawasan berkenaan bagi memastikan pembangunan yang menyeluruh di Batu Kawa menjelang 2030.

    “Kalau kita lihat kawasan ini (Batu Kawa) seperti pembangunan yang dilakukan di Bandar Sunway di Lembah Klang, kawasan itu dahulunya kuari batu dan dibangunkan menjadi bandar yang terletak jauh sikit dari Kuala Lumpur.

    “Kita akan buat jalan dari Batu Kawa terus ke Jalan Matang dan kita juga sedang membina jambatan baharu (di Batu Kawa) untuk menyeberang Sungai Sarawak. Kita ada infrasturuktur yang kita bangunkan untuk manfaat rakyat jelata,” katanya ketika berucap merasmikan Dewan Serbaguna Ang Cheng Ho di sini hari ini.

    Dewan berkenaan merupakan inisiatif di bawah Projek Rejuvenasi Kuari Ang Cheng Ho Batu Kawa fasa pertama melibatkan keluasan 8.1 hektar. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa merasmikan Ang Cheng Ho Quarry Multipurpose Hall, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda