Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing rekod penghujung Oktober paling panas

    BEIJING, 26 OKT – Ibu negara China mencatatkan hari paling panas pada penghujung Oktober minggu ini, kata pegawai Beijing hari ini, dengan merkuri meningkat melebihi 27 darjah Celsius di seluruh bandar raya itu.

    Tahun ini berada di landasan paling panas dalam sejarah manusia, dengan gelombang panas, kemarau dan kebakaran hutan yang melanda Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Utara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, peristiwa yang dikatakan saintis diburukkan lagi oleh perubahan iklim.

    Gabungan saintis iklim antarabangsa berkata minggu ini banyak rekod berkaitan iklim telah dipecahkan oleh ‘margin besar’ pada 2023. – AFP

    Seorang penduduk memeriksa cili dikeringkan di Kampung Jinji, Daerah Dafang, Guizhou, China pada 13 September. Bandar China merekodkan hari paling panas pada penghujung Oktober ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda