Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Ben tak fikir nak kahwin, seronok mengembara solo

    Masih memegang status bujang, pelakon Ben Amir, 33, tidak kisah hidup solo, biarpun ramai rakannya sudah berkahwin dan menimang cahaya mata, lapor BH Online.

    Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin berkata, dia seronok menikmati kehidupan dengan mengembara secara solo.

    “Dalam dunia, kita ada kita sahaja. Bagi saya, nak dapat kebahagiaan pertamanya untuk diri sendiri. Jadi, saya tidak kisah mengembara sendiri, ia lebih seronok,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem arahan Datuk Awie iaitu Rebel: Berontak Untuk Berotak di TGV The Starling Mall, di sini, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut, Ben berkata, mengembara sendirian banyak membuka mata dan pada masa sama, mengajar dirinya lebih berdikari.

    “Bagi saya, ia satu pengalaman yang kita semua kena cuba, ‘backpacking‘ ke Vietnam, Laos, Filipina dan mana-mana. Belajar macam mana hidup dan sesat seorang.

    Mengembara sendirian banyak membuka mata Ben, selain mengajarnya lebih berdikari. – Agensi

    “Pengalaman itulah yang akan saya cerita kepada anak-anak saya.

    “Nak cakap soal pengalaman, saya hampir disamun di Kemboja sebab saya salah bual dengan seseorang, tapi tiada apa jadi.

    “Saya tidak trauma dan Alhamdulillah dapat menikmati makanan sedap-sedap sebab saya pencinta makanan dan suka makan.

    “Seterusnya, saya mahu ke Costa Rica, Amerika, Kathmandu, Nepal dan banyak tempat lagi,” katanya.

    Dalam pada itu, Ben turut menafikan dakwaan percutiannya ditaja.

    Ben berkata, setiap perbelanjaan dikeluarkan untuk melancong adalah hasil titik peluhnya sendiri.

    “Saya mengembara ‘sendirian berhad’. Mana ada sesiapa taja.

    “Bagi saya, tak relevan bila tengok orang ‘travel’ seorang diri sahaja maksudnya ditaja. Saya taja diri sendiri,” katanya.

    Mengulas perancangan mendirikan rumah tangga, Ben berkata, dia mahu fokus pada kerjaya dan memasang hasrat membintangi lebih banyak filem aksi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...