Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat pulang

    Oleh Nurdiyanah R. –

    KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 21 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat meninggalkan Kuala Lumpur, Malaysia hari ini selepas menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dan Majlis Persantapan Diraja yang telah berlangsung di Istana Negara, kelmarin.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah ahli-ahli kerabat diraja. Berangkat bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

    Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berangkat meninggalkan Kuala Lumpur,Malaysia. Berangkat bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menadahkan tangan ketika Doa Selamat dibacakan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda