Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap perpisahan Duta Indonesia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko yang akan menamatkan perkhidmatan, pada majlis di Istana Nurul Iman.

    Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 7 Julai 2018.

    Secara berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap perpisahan bagi isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Nani Sujatmiko.

    Baginda Sultan berkenan menerima mengadap TYT Dr Sujatmiko yang akan menamatkan perkhidmatannya, di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Bahiyah Bakir
    Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Brunei
    Darussalam, Nani Sujatmiko. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...