Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berminat sewa kereta super guna bayaran mata wang kripto?

    LONDON, 23 FEB – Salah sebuah syarikat sewa kereta super terkemuka di UK baru sahaja melancarkan sistem pembayaran mata wang kripto untuk menyewa supercar terunggul di dunia.

    Pelanggan kini boleh memilih untuk membayar untuk pilihan lebih daripada 100 kereta super daripada 28 jenama mewah dalam mata wang Bitcoin atau Ethereum serta dalam Pound Sterling.

    Salah sebuah kereta yang tersedia di bilik pameran mereka di London, Manchester dan Edinburgh ialah £2.4 juta Bugatti Chiron, yang berharga £200,000 sehari untuk disewa.

    Pengasas dan pemilik Classic Parade, Andrew Brown berkata, “Kami mempunyai pelanggan antarabangsa yang mahu membayar untuk menyewa kereta super kami tanpa kerumitan dan kos kadar pertukaran serta yuran pemindahan.

    Kebanyakan pelanggan kami mempunyai pegangan yang signifikan dalam mata wang kripto.

    Oleh itu, pilihan ini amat sesuai untuk mereka.

    Urus niaga adalah serta-merta dan kami juga boleh mengambil deposit dalam kripto, kemudian kami mengembalikan deposit dengan mudah selepas sewa tamat tempoh.”

    Pembayaran Crypto dibuat ke dompet selamat Classic Parade dan semua langkah yang diperlukan diambil untuk memastikan keselamatan pemindahan kewangan.

    Sebaik sahaja dana dipindahkan dan perjanjian sewa ditandatangani, kereta super sama diambil atau dihantar ke alamat pelanggan di UK. – Bernama

    Antara kereta mewah yang disewa oleh Classic Parade di UK. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda