Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Bersama bantu tambah bekalan darah

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah di seluruh negara berada di tahap yang rendah.

    Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini dengan menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 23 April di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama sempena Hari Juruukur Sedunia anjuran Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan bermula pukul 9 pagi hingga 1:30 petang dan 27 April di UNICORP Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Beribi dari pukul 9 pagi hingga 2:30 petang.

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong juga akan mengadakan kempen derma darah pada 27 April di Dewan Belalong, Pekan Bangar, Temburong sempena Program Jerayawara Badudun Bersama Biskita anjuran Jabatan Radio dan Televisyen Brunei bermula pukul 9:30 pagi hingga 2 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...