Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China kenakan duti antilambakan ke atas produk asid propionik AS

    BEIJING, 19 JULAI – China akan mengenakan duti antilambakan ke atas produk asid propionik yang berasal dari Amerika Syarikat (AS), umum Kementerian Perdagangan hari ini, lapor Xinhua.

    Bermula Ahad , duti akan dikenakan pada kadar 43.5 peratus ke atas semua syarikat berkaitan dari AS untuk tempoh lima tahun, menurut kementerian itu.

    Industri domestik China telah mengalami kerosakan ketara akibat lambakan produk berkenaan, kata kementerian itu dalam keputusan akhir berdasarkan siasatan antilambakan yang dilancarkan pada Julai 2023.

    Asid propionik digunakan terutamanya dalam penghasilan bahan pengawet dan racun rumpai dan digunakan secara meluas dalam makanan, makanan ternakan dan racun perosak. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda