Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI – Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini, lapor Sputnik.

    “Berikutan pengesanan virus avian influenza yang tinggi dengan patogen di Bandar Tomisato, penakaian 57,486 ayam telah dilaksanakan sepenuhnya,” kata pentadbiran wilayah itu, hari ini.

    Digabungkan dengan 10 wabak sebelumnya sejak November 2023, jumlah ayam ditakai di Jepun kerana selesema burung mencecah 1.07 bilion, menurut anggaran Sputnik.

    Jika selesema burung dikesan, kuarantin ke atas pengangkutan telur dan ayam dalam radius tiga kilometer akan dilaksanakan di sekeliling ladang ternakan yang mana wabak itu dikesan dan eksport ayam dan telur di luar zon 10 kilometer adalah dilarang.

    Pada musim lepas, 84 kes selesema burung direkodkan, mengakibatkan penakaian 17.71 juta burung mengakibatkan kekurangan bekalan dan peningkatan mendadak harga telur di dalam negara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...