Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Dua maut ditikam di Portugal

    LISBON, PORTUGAL, 28 MAC – Polis Portugal menembak seorang lelaki yang disyaki menikam dua wanita hingga mati di sebuah pusat Islam Ismailiyah di Lisbon, kata pihak berkuasa hari ini.

    Wanita itu adalah kakitangan di pusat itu, ketua komuniti Ismaili, Narzim Ahmad memberitahu saluran TV Portugal, S.I.C.

    “Polis dipanggil ke pusat itu lewat pagi tadi di mana mereka berdepan dengan suspek bersenjatakan pisau besar,” kata satu kenyataan polis.

    “Polis mengarahkannya menyerah diri tetapi dia mara ke arah mereka dan terpaksa ditembak,” kata kenyataan itu. Suspek telah dibawa ke hospital Lisbon di mana dia berada dalam tahanan polis.

    Beberapa orang lain cedera, menurut kenyataan itu, tetapi ia tidak memberikan butiran lanjut.

    Perdana Menteri Antonio Costa berkata polis menembak suspek dan memberitahu pemberita bahawa serangan itu adalah perbuatan jenayah.

    Tiada maklumat segera mengenai identiti mereka yang terbunuh.

    Polis bersenjata dari unit operasi khas boleh dilihat membentuk perimeter di luar bangunan. Costa berkata polis sedang menyiasat serangan itu dan masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motifnya.

    Umat Islam Ismaili ialah masyarakat pelbagai budaya yang tinggal di lebih 25 negara di seluruh dunia, katanya.

    Portugal tidak mencatatkan sebarang serangan pengganas yang ketara dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dan keganasan agama hampir tidak pernah didengari. – AP

    Viktor Orban (bawah kanan) berdiri selepas undian mengenai usaha Finland untuk menyertai NATO di parlimen di Budapest, Hungary pada 27 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...