Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport kereta mesra alam catat paras tertinggi di Korea Selatan

    SEOUL, 12 DIS – Eksport kereta Korea Selatan mencatat paras tertinggi pada November berikutan permintaan kukuh bagi kenderaan mesra alam dan bekalan semikonduktor automotif yang stabil.

    Nilai penghantaran keluar kereta mencecah AS$5.4 bilion bulan lepas, meningkat 31 peratus berbanding tahun lepas, menurut data Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

    Sejumlah 219,489 kenderaan berjaya dijual di luar negara pada bulan lepas, meningkat 25 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor agensi berita Yonhap.

    Nilai eksport dan jumlah kenderaan dijual mencatat peningkatan selama lima bulan berturut-turut.

    Korea Selatan telah menjual kenderaan berjumlah AS$48.7 bilion di luar negara dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, melepasi angka tahunan bagi 2021, menurut kementerian itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda