Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam pekerja maut di tapak projek kereta api Yunnan

    KUNMING, 23 OGOS – Enam orang disahkan maut dalam satu kemalangan kren di tapak pembinaan jambatan landasan kereta api berkelajuan tinggi Chongqing-Kunming di wilayah Yunnan, China, menurut syarikat kereta api tempatan, hari ini.

    Insiden itu berlaku pada kira-kira jam 7:30 pagi Ahad di tapak pembinaan jambatan besar di Daerah Xundian, Kunming, ibu kota Yunnan.

    Susulan kejadian itu, syarikat pelaksana projek, China Railway 16th Bureau Group Co., Ltd., bersama kerajaan tempatan segera melancarkan pelan kecemasan dan menghantar pasukan penyelamat yang terdiri daripada pihak bomba, keselamatan awam, kesihatan, dan jabatan kereta api tempatan.

    Punca kemalangan masih dalam siasatan. – Xinhua

    Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda