Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Federer bakal ketahui nasib April-Mei

    PARIS, 3 FEB – Roger Federer (gambar) percaya dia akan tahu pada ‘April-Mei’ sama ada dia akan dapat kembali ke tenis atau tidak.

    Pemenang 20 gelaran Grand Slam berusia 40 tahun itu tidak bermain sejak tersingkir di suku akhir Wimbledon di tangan pemain Poland, Hubert Hurkacz pada Julai tahun lalu sebelum terpaksa menjalani pembedahan lutut.

    “Saya mahu kembali kuat dan memberikan segala yang saya ada,” kata bintang Switzerland itu kelmarin.

    “Untuk memberi awda sedikit kemas kini. Saya mempunyai masa yang sangat menarik dan penting beberapa bulan akan datang. Saya fikir saya akan mengetahui lebih banyak lagi menjelang April-Mei.”

    Federer hanya bermain 13 perlawanan pada 2021. Dia juga menjalani dua pembedahan lutut pada 2020 apabila hanya bermain enam kali.

    Ketiadaannya telah menyaksikan bekas pemain nombor satu dunia itu jatuh ke tangga ke-30 dalam ranking.

    “Saya kembali semula ke gim esok. Saya bekerja keras seperti yang dibenarkan jadi ia masih masa yang baik walaupun ia agak perlahan,” kata Federer kepada salah seorang penajanya, Credit Suisse dalam sidang video.

    Federer turut memuji rakan dan pesaingnya, Rafael Nadal yang merangkul kejuaraan Grand Slam ke-21 yang mencatat rekod di Terbuka Australia hujung minggu lalu. – AFP

    Roger Federer percaya dia akan tahu pada ‘April-Mei’ sama ada dia akan dapat kembali ke tenis atau tidak.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...