Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Gangguan bekalan air jejas kemeriahan hari pertama puasa

    LABUAN, 24 MAC – Gangguan bekalan air sejak beberapa hari lepas telah menjejaskan kemeriahan hari pertama Ramadan di pulau bebas cukai ini.

    Lebih 20 kampung dan taman perumahan tidak menerima bekalan air dan terpaksa bergantung kepada tangki statik di kawasan kediaman masing-masing, selain membeli air minuman botol untuk kegunaan harian. 

    Ketua Bahagian Bekalan Air Labuan (BBAL) Trinil Indah Puspita berkata gangguan bekalan air sejak Isnin lepas berpunca daripada litar pintas yang merosakkan papan kawalan utama pam fasa dua di Stesyen Pulau Enoe.

    “Pada hari ini, kedua-dua pam utama fasa dua di Pulau Enoe telah berfungsi dengan sempurna dan telah mula menyalurkan air dari tangki imbangan Pulau Enoe ke tangki-tangki imbangan lain sebelum dapat disalurkan kepada pengguna,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -