Friday, November 1, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi landa pantai selatan Oregon

    OREGON, 31 OKT – Puluhan orang melaporkan merasakan gegaran gempa bumi dengan magnitud awal 6.0 yang melanda pantai selatan Oregon petang kelmarin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

    Tiada amaran tsunami dikeluarkan. Lebih 75 orang melaporkan gegaran ringan akibat gempa bumi itu, yang berpusat kira-kira 170 batu dari bandar kecil Bandon, Oregon.

    Gempa bumi itu berada pada kedalaman awal 6.2 batu namun tiada kerosakan dilaporkan.

    Pegawai pengurusan kecemasan negeri Washington menyiarkan di media sosial bahawa walaupun ia menakutkan melihat gempa bumi dengan magnitud 6.0 berlaku berhampiran Zon Subduksi Cascadia, di mana gempa yang berlaku kelmarin itu berada di Zon Patahan Blanco, di mana gempa bumi adalah agak biasa.

    Zon Subduksi Cascadia adalah sesar sepanjang 600 batu yang terletak tidak jauh dari pantai, membentang dari Utara California hingga British Columbia. – AP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda