Tuesday, October 29, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Gigil, terkejut tak percaya’

    Tanpa doa dan restu insan bernama suami, pengacara Uyaina Arshad, 31, tak mungkin mampu melangkah sejauh ini.

    Langkahnya dunia pengacaraan tak pernah sumbang, malah masih hangat seperti pada awal kemunculannya ke dunia pengacaraan, lapan tahun alu.

    Uyaina menambah satu lagi portfolio seni apabila diangkat sebagai Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-36.

    Kemenangan itu menambahkan lagi semangat pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad untuk terus memberikan posisi terbaik dalam dunia penyiaran tanah air.

    “Saya harap lebih ramai hos program bual bicara berpeluang menggenggam trofi Pengacara TV Popular selepas ini.

    “Tak semestinya pengacara program hiburan sahaja mampu menggenggam trofi popular, tetapi hos program berkonsepkan bual bicara juga memiliki kelebihan dan peluang sama rata.

    “Trofi ini sebenarnya membakar sema-ngat saya untuk berikan lebih baik. Saya berterima kasih kepada program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 atas kepercayaan diberikan hingga hari ini.

    “Saya akan terus menjadi diri sendiri dan takkan cuba menjadi hos kelakar kerana itu bukan identiti saya, tetapi akan tetap menghiburkan,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    Uyaina takkan jemu dan gentar bersuara mengenai isu wanita dan kanak-kanak selagi perlu perjuangkan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda