Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Gol Reiten beri kelebihan kepada Chelsea di Liga Juara-Juara Wanita

    PARIS, 23 MAC – Gol separuh masa pertama pemain antarabangsa Norway, Guro Reiten memberikan Chelsea kemenangan 1-0 di tempat lawan kepada penyandang juara, Lyon di Perancis pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Wanita, kelmarin.

    Reiten melencongkan percubaan rendah untuk kali pertama melepasi penjaga gol, Christiane Endler sejurus sebelum setengah jam untuk pelawat, penyudah yang baik datang selepas permainan cemerlang oleh pemain Scotland, Erin Cuthbert untuk mencipta peluang.

    Keputusan itu meletakkan Chelsea kendalian Emma Hayes yang merupakan naib juara dua tahun lalu sebagai pendahulu ketika mereka berusaha untuk menjadi pasukan Inggeris pertama yang menjuarai pertandingan itu sejak Arsenal pada 2007.

    “Kemenangan 1-0 di laman sendiri penyandang juara untuk menghadapi perlawanan kedua, saya tidak boleh meminta lebih daripada itu,” kata Hayes.

    “Kami bermain dan bertahan dengan baik. Tetapi kami baharu separuh jalan,” tambahnya.

    Chelsea sudah pun menewaskan pasukan hebat dari Perancis, Paris Saint-Germain, di tempat sendiri dan di tempat lawan dalam peringkat kumpulan, namun prestasi Lyon di Eropah tiada duanya.

    Mereka memenangi kejuaraan tahun lalu untuk kali keenam dalam tujuh musim terakhir, dan pasukan Sonia Bompastor masih berharap untuk mengubah perlawanan ini pada kemunangan minggu depan.

    Pelawat sebenarnya berpeluang untuk memimpin lebih jauh sebelum separuh masa, dengan rembatan Lauren James terkena tiang.

    Namun Lyon juga mempunyai peluang, walaupun bekas pemenang Ballon d’Or, Ada Hegerberg bermula di bangku simpanan ketika dia pulih daripada kecederaan panjang.

    Delphine Cascarino hampir menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk Lyon, yang telah memenangi Liga Juara-Juara dengan rekod lapan kali secara keseluruhan. – AFP

    Aksi Erin Cuthbert (kiri) menanduk bola semasa perlawanan bola sepak suku akhir Liga Juara-Juara Wanita di Stadium Groupama di Decines-Charpieu, timur tengah Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...