Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gorila terancam dilahirkan di Zoo London

    LONDON, 19 JAN – Seekor gorila dari tanah rendah barat yang terancam telah dilahirkan di Zoo London pada pagi Rabu, kata zoo itu.

    Gorila dari tanah rendah barat, yang tinggal di hutan hujan yang padat dan sebahagian besarnya terpencil di bahagian barat dan tengah Afrika, dikelaskan sebagai mempunyai risiko tinggi untuk pupus.

    Jumlah populasi gorila itu menurun lebih daripada 60 peratus dalam tempoh 25 tahun yang lalu, sebahagian besarnya disebabkan oleh penebangan hutan, pemburuan haram dan penyakit, menurut Persatuan Zoologi London.

    Tidak lama selepas kelahiran sekitar jam 9:30 pagi, ibunya yang bernama Mjukuu dilihat memeluk anaknya yang baru lahir, sebelum membenarkan anak-anaknya yang lain, Alika dan Gernot, untuk memeriksa anak gorila yang baru dilahirkan itu.

    “Kami akan memberi ibu dan anak gorila itu banyak masa dan ruang untuk mengenali antara satu sama lain, dan untuk seluruh keluarga gorila itu untuk membiasakan diri dengan ahli baharunya, gorila-gorila itu teruja seperti kami dan tidak boleh berhenti merenung anak gorila itu,” kata pengurus primat Zoo London, Kathryn Sanders.

    Penjaga zoo memantau Mjukuu sepanjang kehamilan melalui kamera CCTV yang dipasang di dalam kurungan dan mendapati dia ‘memegang anak damitnya yang baru lahir’. – AFP

    Ibu gorila memeluk anaknya yang baru lahir di dalam kurungan. Seekor gorila dari tanah rendah barat yang terancam telah dilahirkan di Zoo London baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda