Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gua ais Iceland runtuh, satu maut

    LONDON, 26 OGOS – Pihak berkuasa Iceland hari ini menjalankan pencarian bagi dua pelancong yang hilang sejak sebuah gua ais yang runtuh sebahagiannya pada petang kelmarin, menyebabkan seorang terbunuh dan seorang lagi cedera.

    Pencarian yang dihentikan semalaman kerana keadaan yang terlalu berbahaya untuk diteruskan, telah disambung semula kira-kira jam 7 pagi, lapor penyiar Iceland, RUV.

    Sehingga 60 penyelidik sudah berada di tempat kejadian, dengan lebih ramai dijangka tiba sepanjang hari, kata RUV.

    Polis tempatan berkata sekumpulan 25 pelancong dari beberapa negara sedang meneroka gua ais di glasier Breidamerkurjokull di tenggara Iceland apabila kejadian itu berlaku sejurus sebelum jam 3 petang kelmarin. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda