Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukuman anak pelakon Sepanyol diketahui Khamis

    BANGKOK, 26 OGOS – Mahkamah Thailand akan menjatuhkan hukuman pada Khamis terhadap anak lelaki pelakon terkenal Sepanyol yang didakwa membunuh dan memotong-motong mayat seorang pakar bedah plastik Colombia yang dikenalinya dalam talian.

    Kes terhadap Daniel Sancho Bronchalo, seorang cef berusia 30 tahun dan anak kepada pelakon Rodolfo Sancho, telah menarik perhatian besar di negara asalnya, dengan ramai wartawan Sepanyol hadir untuk perbicaraan.

    Dia dituduh membunuh dan memotong tubuh Edwin Arrieta Arteaga di pulau pelancongan Koh Pha Ngan tahun lepas.

    Perbicaraannya atas tuduhan pembunuhan terancang, menyembunyikan mayat dan memusnahkan dokumen telah diadakan pada April lalu di Koh Samui berdekatan, satu lagi kawasan tumpuan pelancong yang terkenal dengan perairan biru dan pesta. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda